Sunday, 11 November 2012

Program Time Management and Leadership 2012


Program Time Management and Leadership 2012
Anjuran
Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad 
 6 Oktober 2012 (Sabtu, 9.00pagi)

Pada 6 Oktober 2012, bermula jam 9.00 pagi, satu program kepimpinan dan pengurusan masa telah dijalankan di Dewan Konvensyen Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Kampus Bandar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Program ini dianjurkan oleh Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad (KKIM) dan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM).  Program empat jam ini disertai lima puluh lima orang peserta terdiri daripada pelajar sekolah menengah, mahsiswa serta mahasiswi. Program ini bertujuan untuk memberi bimbingan kepada peserta tentang kepentingan mengurus masa. Di samping itu, ceramah ini juga bertujuan untuk meningkatkan kemahiran kepimpinan remaja supaya mereka boleh bertapak dalam masyarakat yang kian hari kian kompetitif ini. Penceramah yang menjayakan program ini adalah Engr.Chuah Seong Ho yang merupakan Jurutera dari Ismeca Europe Semiconductor dan Saudara Abang Muhammed Redzuan pelajar tahun 3 Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT) yang merupakan menti En. Amir bin Aris, pensyarah Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT).

Program ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Badrul dari Persatuan Pemimpin Pelajar FPTT. Seterusnya, saudara Ong Khai Kher, Pengerusi Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad (KKIM) menyampaikan ucapan aluan beliau. Beliau mengalu-alukan kehadiran Yang Berbahagia serta hadirin semua ke program ini. Program ini seterusnya dirasmikan oleh Yang Berbahagia Dr Mohd Saifulrizal Bin Abdul Hamid, Timbalan Dekan Fakulti Pengurusan Teknologi dan Teknousahawanan (FPTT), Kampus Bandar Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM). Dr Mohd Saifulrizal dalam ucapan perasmian beliau telah memperkenalkan dan menerangkan visi dan misi Universiti Teknikal Malaysia Melaka (UTeM) kepada peserta. Turut dirakamkan ucapan terima kasih di atas sumbangan Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad (KKIM) dalam melancarkan kursus pada hari ini.

Program sesi pertama dikendalikan oleh Engr.Chuah Seong Ho. Beliau memulakan taklimat beliau dengan Sesi suai kenal atau ‘ice-breaking’. Peserta diberi ruang untuk mengenali antara satu sama lain. Ini bertujuan untuk meningkatkan keberanian mereka menyuarakan pandangan sesama mereka. Engr.Chuah memberi taklimat mengenai teknik-teknik kepimpinan dan menekankan tentang ciri-ciri kepimpinan yang patut ada pada seorang pemimpin.
  
Setelah sarapan pagi, program bersambung dengan taklimat yang dikendalikan oleh Saudara Abang Muhammed Redzuan. Beliau mengatakan Pengurusan masa adalah salah satu kemahiran yang paling penting dalam kehidupan. Ia menentukan kejayaan, imbangan dan kecekapan dalam kehidupan. Masa adalah modal terbesar dalam kehidupan. Beliau turut memberitahu tentang pengurusan masa yang berkesan dalam pelajaran dimana penggunaan masa dan pembahagian masa yang baik penting untuk mengelakkan berlakunya situasi ketegangan otak serta hilang tumpuan semasa pembelajaran.


Selepas ini, program diteruskan dengan aktiviti “Time Management and Leadership Challenge” yang dikendalikan oleh Saudara Ong Khai Kher dan Saudara Tan Swee Tiang.  Pecahan kumpulan dilakukan bagi memudahkan aktiviti dimana setiap kumpulan akan diuji tahap kepimpinan, kerjasama, kesefahaman dan kesepakatan di antara ahli kumpulan. Pada sesi pertama, setiap kumpulan ditugaskan untuk memilih lembaga kumpulan dan menentukan nama dan slogan kumpulan. Selepas itu, setiap kumpulan diberi peluang untuk membentangkan nama dan slogan kumpulan masing-masing. Sejurusnya, setiap kumpulan diberi satu “kod misteri” dalam sesi kedua dimana mereka perlu meyelesaikan “kod misteri” tersebut untuk terus bertanding dalam pusingan sesi ketiga “Kuda Tanpa Ekor”.  Dalam sesi “Kuda Tanpa Ekor”, seorang ahli kumpulan ditugaskan untuk menampalkan ekor kuda pada gambar “Kuda Tanpa Ekor” dalam keadaan “buta” manakala ahli kumpulan lain memberi arahan kepada ahli tersebut. Aktiviti ini bertujuan meningkatkan fokus mereka dalam kerja berpasukan dan menunjukkan bagaimana mereka melaksanakan tanggungjawab sebagai pemimpin. Pertandingan tersebut berakhir dengan kemenangan kumpulan “Integrity” yang berjaya menamatkan semua tugasan dalam waktu terpantas.



Program Time Management and Leadership 2012 ini berakhir dengan sesi bergambar dan bersalam pada jam pukul 1 petang. Sekalung penghargaan dan ucapan terima kasih diucapkan kepada Yang Berbahagia Professor Madya Dr. Md Nor Hayati Bin Tahir-Dekan FPTT UTeM, Yang Berbahagia Dr. Mohd Syaiful Rizal Bin Abd Hamid-Timbalan Dekan Akademik FPTT UTeM dan Dr. Chew Boon Cheong Pensyarah Kanan FPTT UTeM juga selaku Penasihat Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad, sokongan FPTT dan Persatuan Teman FPTT yang terlibat secara langsung atau tidak langsung dalam menjayakan program ini. Secara keseluruhan, program ini telah berjaya dilaksanakan dan peserta dibajai dengan manfaat yang tidak terkira.



Friday, 4 May 2012

Joint-Venture UTeM-KKIM Presentation


Joint-Venture UTeM-KKIM Presentation
 13 April 2012 (Saturday, 10.00am)

On April 13, 2012, starting at 10.00 am, an Proposal of Joint-Venture UTeM-KKIM carried out at the Bilik Tayangan of FPTT, UTeM. Purpose KKIM and Innovation in the proposed collaboration plan to focus on the opportunities that can bring the best benefits and the potential for short and long term to the FPTT and the KKIM.

This presentation was attended by Dean of PFTT, Assoc. Prof. Dr. Md. Nor Hayati Bin Tahir, Deputy Dean of FPTT, Dr. Mohd Syaiful Rizal Bin Abd Hamid, Adviser of KKIM, Dr. Chew Boon Cheong, President of KKIM, Ong Khai Kher, Treasurer of KKIM, Ong Jia Qing, Deputy Secretary of KKIM, Muhamad Musa Bin Adam Lim, Committee members of KKIM, Khairul Nabilah Binti Zainul Arrifin and Tan Swee Tiang.


This presentation ended at 12.00pm with good consensus between FPTT UTeM and KKIM.

Saturday, 25 February 2012

Mesyuarat Agung Permulaan KKIM

Mesyuarat Agung Permulaan
Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad 
 25 Februari 2012 (Sabtu, 9.00pagi)

Pada 25 Februari 2012, bermula jam 9.00 pagi, Mesyuarat Agung Permulaan telah dijalankan di Bilik Mesyuarat Kompleks Maksak (Taman Merdeka Jaya). Mesyuarat 3 jam ini disertai lima puluh orang termasuk Timbalan Pengarah Suruhanjaya Koperasi Malaysia Melaka, En. Dahamat Azam Bin Idris.


Mesyuarat Agung ini bermula pada jam 9.00 pagi dengan bacaan doa yang dipimpin oleh Saudara Mohd Musa. eterusnya, saudara Ong Khai Kher, Pengerusi Penaja Koperasi Kreatif dan Inovasi Melaka Berhad (KKIM) menyampaikan ucapan aluan beliau. 


Mesuarat diteruskan dengan penerangan butiran-butiran tentang penubuhan koperasi baru kepada anggot-anggota baru koperasi oleh En. Dahamat Azam Bin Idris.


Selepas ini, Saudari Ananthejothee Vijakumaran mencadangkan

   a. Ong Khai Kher
    b. Khairul Nabilah Binti Zainul Ariffin
    c. Ong Jia Qing
    d. Chuah Seong Ho
    e. Zulfazry bin Zulkefli
    f. Lai Ching Huat
    g. Tan Swee Tiang
    h. Muhammad Musa bin Adam Lim
    i. Tan Lin Weng

Sebagai ahli lembaga koperasi. Cadangan disokong oleh saudara Woon Woei Keat. Ong Khai Kher mencadangkan Dr. Ahmad Jamal untuk turut serta dalam menandatangani permohonan pendaftaran. Saudari Nur Fadilah Zakari menyokong cadangan tersebut.



Pembentangan belanjawan tahunan koperasi diterangkan oleh saudara Zulfazry bin Zulkefli. Saudara Tan Swee Tiang menyokong cadangan saudara Zulfazry bin Zulkefli tentang belanjawan tahunan koperasi.

Mesyuarat tamat pada pukul 11.30 pagi.